Wednesday, May 28, 2008

Ezam Dan Sumpah Baiah Nya

Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju dan dolak dalik politiknya, Ezam telah melanggar sumpah baaih nya dengan menyertai semula UMNO. Semua tidak lupa dizaman reformasi manusia bernama Ezam Mohd Noor begitu lantang, persis menghentam UMNO sebagai sebuah PARTI SYAITAN dan busuk lagi meloyakan. Bak kata pepatah melayu, meludah ke langit ke batang hidung sendiri juga akan jatuh. Aneh dan lucunya, kemasukan Ezam disambut seperti permaidani merah sedangkan pemergian NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR dicerca lagi dihina. Hampir sedekad gerakan REFORMASI, Ezam dengan perjuangan kotaknya sampai sekarang tiada penghujungnya, mana kotak-kotak ajaib anda saudara Ezam?

Abdullah Haji Ahmad mungkin sudah lupa bagaimana ahli setia UMNO menangkis gelombang REFORMASI ditunjangi oleh Anwar & CO (termasuk EZAM). Butakah mata Abdullah Haji Ahmad semua ini? sudahkah pekak atau tolol Abdullah Haji Ahmad? Orang yang memaki hamun UMNO suatu ketika dahulu diberi penghormatan begitu mulia di Parlimen untuk kembali ke UMNO. Mana jati diri Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO? masih medengarkah beliau nasihat Anak Menantu dalam soal pentadbiran negara. Saya berharap Abdulah Haji Ahmad tidak akan dikenang sebagai BAPA PEMUSNAH MELAYU.

No comments: