Tuesday, June 10, 2008

SELAMAT, AMAN, MAKMUR


Tahniah Pak Lah menunaikan manifesto BN. SELAMAT, AMAN & MAKMUR, maka harga petrol pun naik lagi. Lepas ni harga barang tentu akan naik. Harga pengangkutan juga akan naik. Semua akan naik. Rakyat pun akan naik minyak.

Apa harus kita buat? Kali pertama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naikkan harga minyak, popularitinya meredum. Kali kedua beliau naikkan harga petrol, popularitinya lagi meredum. Retorik kosong HARGA MASIH TERENDAH & KERAJAAN MASIH BAGI SUBSIDI mainanmu Abdullah Haji Ahmad. Mungkin Datuk Seri lupa negara kita ini merupakan negara pengeluar PETROLEUM dunia dan mempunyai rangkaian eksplorasi carigali di luar negara?

Masihkah mahu Abdulah Haji Ahmad menzalimi rakyat Malaysia?


Thursday, May 29, 2008

7 bekas pemimpin AMK ikut Ezam

Dari MalaysiaKini :-
----------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuh orang bekas pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan (AMK), termasuk bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak langkah bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor untuk menyertai Umno.

Mereka ialah Anuar Shaari, Abdul Ghani Haron, Khairul Anuar Ramli, Ahmad Daud Che Ghani, Azwandin Hamzah, Mohd Nazmi Rosli dan S D Johari Md Yassin.

Hasrat mereka itu diumumkan oleh Ezam dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi tadi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
hara-kiri : plot dan rancangan menantu kesayangan PM telah bermula. Ezam dah bawa masuk orang-orang nya. Wahai ahli UMNO, bermimpikah kita lagi?

Wednesday, May 28, 2008

Siapa selepas Ezam?


Khabar-khabar angin beriup kencang tentang Sdr Saifuddin Nasution bakal menyusul ke dalam UMNO. Kita tunggu dan lihat reaksi Sdr Saifuddin Nasution. Adakah beliau akan menyertai UMNO? Semakin jelas dan semakin hampir teori-teori plot dan rancangan Menantu Kesayangan. Sedikit profil Saifuddin Nasution:-

http://saifuddinnasution.com/profil.html

PROFIL
Nama : Saifuddin Nasution Ismail
Tarikh Lahir : 7 Disember 1963
Tempat Lahir : Singapura
Status : Berkahwin
Nama IsterI : Norhayati Musa
Bil. Anak : 5 Orang

Singapura? Pelik kan? Fikir-fikirkan

Info Tambahan :-
Adik beliau, Shazlan kini bertugas dengan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Ezam Dan Sumpah Baiah Nya

Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju dan dolak dalik politiknya, Ezam telah melanggar sumpah baaih nya dengan menyertai semula UMNO. Semua tidak lupa dizaman reformasi manusia bernama Ezam Mohd Noor begitu lantang, persis menghentam UMNO sebagai sebuah PARTI SYAITAN dan busuk lagi meloyakan. Bak kata pepatah melayu, meludah ke langit ke batang hidung sendiri juga akan jatuh. Aneh dan lucunya, kemasukan Ezam disambut seperti permaidani merah sedangkan pemergian NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR dicerca lagi dihina. Hampir sedekad gerakan REFORMASI, Ezam dengan perjuangan kotaknya sampai sekarang tiada penghujungnya, mana kotak-kotak ajaib anda saudara Ezam?

Abdullah Haji Ahmad mungkin sudah lupa bagaimana ahli setia UMNO menangkis gelombang REFORMASI ditunjangi oleh Anwar & CO (termasuk EZAM). Butakah mata Abdullah Haji Ahmad semua ini? sudahkah pekak atau tolol Abdullah Haji Ahmad? Orang yang memaki hamun UMNO suatu ketika dahulu diberi penghormatan begitu mulia di Parlimen untuk kembali ke UMNO. Mana jati diri Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO? masih medengarkah beliau nasihat Anak Menantu dalam soal pentadbiran negara. Saya berharap Abdulah Haji Ahmad tidak akan dikenang sebagai BAPA PEMUSNAH MELAYU.

Thursday, May 22, 2008

Berita Yang Cuba digelapkan oleh UTUSAN & Kumpulan NST

Agaknya memang benar apa yang ditulis oleh oleh BigGuy (http://bigdogdotcom.wordpress.com) dalam blognya tentang editor-editor arus perdana digasak oleh budak-budak tingkat 4, untuk jangan menyiarkan berita-berita mengenai Tun Dr Mahahathir. Tetapi agak bodoh dan tolol kerana saudara KJ dengan lagak bodoh sombongnya baru-baru ini bercakap tentang kebebasan media. Mungkin agak mabuk graduan dari Oxford ini. Apa pun sekalung tahniah buat The STAR berani menyiarkan kenyataan balas Tun kepada Musang Berjanggut dan Budak Tolol Cap Kunci.dipetik dari thestar.com.my.

Dr M hits back at Musa and Shahrir Samad

PETALING JAYA: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has criticised his former deputy Tun Musa Hitam for his “thorn in the flesh” comment and chastised Datuk Shahrir Abdul Samad whom he said had forgotten how he was allowed to return to Umno after much appeal.

“Tun Musa Hitam claimed that I was a thorn in the flesh that has now been removed. Has Tun forgotten that he was a thorn in the flesh in Umno back in 1986-1987 when he was the Deputy Prime Minister (appointed by me)?

“He had resigned as Deputy Prime Minister and Umno deputy president because he wanted me to step down as the Prime Minister and be replaced by him.

“Following an appeal by supreme council members, he returned as Umno deputy president as he still had intentions to bring me down.

“That is why he instigated his worst enemy, Tengku Razaleigh , to fight against me,” Dr Mahathir claimed in his blog www.chedet.com on Thursday.

“In the end, UMNOfell apart and the splinter party Semangat 46 was formed which he cleverly did not join. He was then appointed by me as a Minister-level messenger to the United Nations. Tengku Razaleigh, on the other hand, was out of UMNO and became Tun’s victim ,” Dr Mahathir said in his posting.

On Shahrir, Dr Mahathir said: “Who are you (Shahrir) to criticise me? If it weren’t for Tun Musa’s sister who as the Johor Baru Wanita chief, came to my house early in the morning to appeal that you be allowed to return to Umno, you would have become a thorn in Umno’s flesh for a longer period.”

Mengapa saya menulis BLOG?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alasannya cuma satu : dosa saya sudah terlampau banyak. Kalau bisa ya tidak usah ditambah lagi. Tapi dari hari ke hari ada saja dosa yang saya lakukan. Entah bagaimana harus menghentikan semua ini. Sebijak mana pun kita bertindak, ada saja kesalahan yang kita buat. Manusia memang lemah. Selemahnya pemimpin yang kita ada sekarang. Tetapi apa pula dosa untuk seorang pemimpin yang bebal, tuli, angkuh & bongkak yang masih disinggahsana? hanya masa dan keadaan boleh menentukannya.

Seantero dunia tahu, kita bergelut dengan dengan permuafakatan bangsa melayu yang kian meruncing. Jangan salahkan UMNO, PAS atau PKR, salahkan bangsa kita sendiri kerana jadi begitu. UMNO bertuankan Tuan Presiden yang bebal lagi bodoh sombong, PAS bertuankan pemimpin dicucuk hidungnya, dan juga PKR bertuankan pemimpin luar-tabiee.

Aduhai bangsaku, apa sudah jadi? Sudahkan kita kembali 497 tahun ke belakang dimana si kitul dan mandeliar menjadi watak utama? fikir-fikirkan